Fahaman Pemikiran dan Etika
Sekularisme
Merupakan satu ideologi
yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamatnya
adalah untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu,
masyarakat dan mendaulatkan negara sekular. Perjuangan sekularisme berkaitan
dengan urusan keduniaan yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan
semata-mata.
Definisi
Sekularisme
Berasal daripada
perkataan Latin 'saeculum' yang membawa maksud masa dan tempat. Masa merujuk
kepada masa sewaktu kita menjalani kehidupan manakala tempat merujuk kepada
kehidupan di dunia dan akhirat.
Dari aspek falsafah pula, sekular ialah sebuah fahaman
yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya harus diasingkan daripada kehidupan
manusia. George Jacob mentakrifkan sekular sebagai melakukan sesuatu perkara
yang berkaitan dengan urusan hidup dan tiada kaitan dengan spiritual dan
metafizik.
Negara
Sekular
Negara yang menerima
anutan fahaman sekular. Definisi negara sekular di definisikan sebagai
pengasingan di antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama
diajar pada peringkat sekolah. Oleh itu negara sekular adalah negara yang menganut
fahaman pemisah secar tegas di antara agama dan negara.
Tiga prinsip penting
dalam membentuk masyarakat sekular oleh George Holyoake:
i.
Memperbaiki kehidupan dengan cara
kebendaan.
ii.
Bahawa sains itu adalah panduan hidup
manusia.
iii.
Apa sahaja yang baik itu adalah baik
untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kehidupan yang wujud dalam
kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk cari kebaikan tersebut.
Sejarah
Kemunculan Sekularisme
Muncul apabila berlaku
penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin dan seterusnya berkembang ke
seluruh dunia.
Kemunculan
Teori Darwin
Muncul selepas
kembalinya beliau mengelilingi dunia dengan kapal laut. Beliau menyatakan
beberapa ciri manusia berdasarkan perubahan evolusi yang berlaku pada nenek
moyang. Dokrin Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul secara spontan akibat
peristiwa kebetulan.
Kaedah
Penyebaran Fahaman Sekularisme
Penyebaran Sekularisme
dilakukan melalui pendidikan iaitu:
i.
Menghantar pelajar ke negara luar untuk
melanjutkan pengajian
ii.
Menghapuskan pelajaran agama atas nama
pendidikan
iii.
Memperkenalkan institusi pendidikan
asing di negar-negar Islam
iv.
Pergaulan bebas
Penyebaran melalui
media massa.
·
Tayangan-tayangan di televisyen, majalah
dan media massa.
Penyebaran melalui
undang-undang.
·
Memastikan bahawa undang-undang Islam
tidak akan di rujuk walau masalah yang kecil sehingga Islam hanya tinggal nama.
Liberalisme
Falsafah yang
meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi dan menekankan
hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Aliran ini bersetuju bahawa
prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan
kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta
persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintah. Mereka menyokong
kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka di mana
semua rakyat mempunyai hak yang sama rata.
Humanisme
Menganggap bahawa
manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha agung.
Fahaman humanisme ini mempunyai sifat-sifat yang tertentu iaitu percampuran
bebas, penggunaan istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki
dan perempuan, gerakan pembebasan wanita, kaunseling berkelompok dan pendidikan
seks.