Selasa, 2 April 2013

Ulasan Bab 3 S.P.E


Fahaman Pemikiran dan Etika


Sekularisme
Merupakan satu ideologi yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamatnya adalah untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular. Perjuangan sekularisme berkaitan dengan urusan keduniaan yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata-mata.

Definisi Sekularisme
Berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang membawa maksud masa dan tempat. Masa merujuk kepada masa sewaktu kita menjalani kehidupan manakala tempat merujuk kepada kehidupan di dunia dan akhirat.
            Dari aspek falsafah pula, sekular ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya harus diasingkan daripada kehidupan manusia. George Jacob mentakrifkan sekular sebagai melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan hidup dan tiada kaitan dengan spiritual dan metafizik.

Negara Sekular
Negara yang menerima anutan fahaman sekular. Definisi negara sekular di definisikan sebagai pengasingan di antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Oleh itu negara sekular adalah negara yang menganut fahaman pemisah secar tegas di antara agama dan negara.
Tiga prinsip penting dalam membentuk masyarakat sekular oleh George Holyoake:
            i.            Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
          ii.            Bahawa sains itu adalah panduan hidup manusia.
        iii.            Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kehidupan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk cari kebaikan tersebut.


Sejarah Kemunculan Sekularisme
Muncul apabila berlaku penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Kemunculan Teori Darwin
Muncul selepas kembalinya beliau mengelilingi dunia dengan kapal laut. Beliau menyatakan beberapa ciri manusia berdasarkan perubahan evolusi yang berlaku pada nenek moyang. Dokrin Darwinisme menyatakan makhluk hidup muncul secara spontan akibat peristiwa kebetulan.

Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme
Penyebaran Sekularisme dilakukan melalui pendidikan iaitu:
        i.            Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian
      ii.            Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
    iii.            Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negar-negar Islam
    iv.            Pergaulan bebas
Penyebaran melalui media massa.
·         Tayangan-tayangan di televisyen, majalah dan media massa.
Penyebaran melalui undang-undang.
·         Memastikan bahawa undang-undang Islam tidak akan di rujuk walau masalah yang kecil sehingga Islam hanya tinggal nama.

Liberalisme
Falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi dan menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Aliran ini bersetuju bahawa prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintah. Mereka menyokong kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka di mana semua rakyat mempunyai hak yang sama rata.


Humanisme
Menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha agung. Fahaman humanisme ini mempunyai sifat-sifat yang tertentu iaitu percampuran bebas, penggunaan istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan, gerakan pembebasan wanita, kaunseling berkelompok dan pendidikan seks.